Sunday, January 10, 2010

AKU DAN EMPAT ORANG TEMAN

AKU dlm erti kata sebenar ialah dri kita sendiri.
EMPAT TEMAN ITU pula ialah JASAD KITA,HARTA KITA, ANAK, SUAMI, ISTERI DAN SANAK SAUDARA KITA dan AMAL IBADAH KITA.

JASAD DAN TUBUH KITA
daripadanya kita mendapatkan kekuatan dan tenaga. justeru "dia" kita jaga sepenuhnya. diberi mkn dan mnm dan dilindungi drpd pnyakit. kita sangat sayang kepadanya. masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskn sepenuh dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. jangan sakit, cacat dan lemah. pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan tuk mendapatkn tenaga dr tubuh badan kita.

HARTA KITA
siang dan malam kita memikirkan bagaimana menambahkannya. bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. tak cukup dgn kerja yg ada, kita usaha kerja tambahan. apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan aset. kita bangga "memperagakan" rumah, kereta dan segala aset pencarian kita. ironis sekali, seolah-olah "nilai" kita terletak pd barang2 bernilai yg kita miliki itu.

ANAK, SUAMI ISTERI DAN SANAK SAUDARA KITA
pada nerekalah kita luahkn masalah. pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jln penyelesaian. merekalah yg selalu kita temui, jmpt dan raikn dlm hdp. hdp akn sepi tnpa mereka di sisi.

AMAL IBADAH KITA
itulah yg sering kita lupakn. kita pinggirkan. bila hendak bertambah amal? nnti, esok masih ada. bila hendak taubat? tunggu, usia masih muda. segala kebaikan sama ada yg berbentuk hbgn dgn Allah dan sesama manusia sering tidak mendapat keutamaan. segalanya hnya seperti "bnda yg sudah lapuk" yang tidak lg bernilai atau tidak cantik lg.2

oleh itu, antara keempat empat teman ini, yg mana satukah yg benar2 jujur dan setia? setia sehingga kita mati??? adakah jasad?harta? sanak saudara atau amal ibadah?? ingat la siapa yg akan menemani kita bile kita berada di alam kubur sana?
renung2kn lah....

*dipetik dr majalah ANIS EDISI OGOS 2009*

No comments:

Post a Comment