Thursday, December 1, 2011

30 days left.....

Salam....

hari ni berapa hb??? 1 disember kannnnn???

maknanya kita hanya ada lg 30 hari untuk melengkap kn tahun 2011 ini...

cepatnya masa berlalu....rasa baru je semlm smbut new year twenty eleven....

jd, azam tahun ni dah tunaikan ke belum? klu belum tunaikan la segera....

p/s: welcoming twenty twelve in advance...welcome 2012....

my hearing experience!!!

Assalamualaikum all my readers!!!!

apa khbr hari ni? cuaca mcm ne? kt gombak ni ujan lebat.... tp skrg dah reda..

so, apa aktvti yg anda sudah lakukan pd hari ni? mcm2?

hmm...hari ni saya ade hearing tuk subject CIVIL PROCEDURE (CP). alhmdulilah. all done!!

boleh menarik lafaz legaaaaa...selesai sudah satu tanggungan keje. tp byk lg yg menanti.huhuhu...

baiklah...pd siapa2 yang x tau, Hearing ni ala2 mooting atau dlm bhs melayu nya perbicaraan olok2...

dlm hearing ni, 2 org akn mewakili pihak menuntut(plaintif) dan 2 org lain akn mewakili pihak yg kene tuntut(defendan).

tung tang tung tang mngenai isu masing2 dan pada masa kita berhujah, puan pendaftar akan menyoal jika dia mempunyai sebarang keraguan. untuk pengetahuan semua, hearing di lakukan di dalam kamar hakim atau dlm english nya "in chamber".

masa ini lah kita ckp tntg kes itu kes ini, akta itu dan akta ini... mcm ni lah sedikit sebanyak kehidupan pelajar undang2. hehehe..... tp x smpt pulak nk snap pic tuk dilampir kan dlm blog ni.

lain kali la klu ade kesempatan, saya akn upload. thnx ya..

ada sebarang kemushkilan boleh la bertanya ya...see u then.bye.

Monday, November 28, 2011

IM BACK!!!

Assalamualaikum wbt,

lama benar rasenyer x menyinggah dsini. rase rndu pulak. hmmmm...skrg nk buat keptsan tuk kembali aktif ke zaman blog. yeay!!...c u soon.bye.

Wednesday, November 17, 2010

AIR MATA WANITA

Assalamualaikum wbt...

pada kali ini saya mahu berkongsi mengenai serba sedikit tentang air matawanita.
seperti apa yang kita tahu,sudah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif.....
air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.
jadi,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa??

mengapa air mata wanita mudah sangat mengalir?
wanita telah dianugerahkn oleh Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.

persoalan diatas mungkin jawapan kepada persoalan diatas.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis?
"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?
Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"


Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap.

Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!
ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)
tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.
dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

sekian.....

Friday, October 8, 2010

AIDILFITRI





BERHARI RAYA BERSAMA TEMAN-TEMAN TERSAYANG..LOVE THEM SO MUCH....
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Friday, June 11, 2010

wanita tidak faham undang-undang?

DALAM kitab suci al-Quran telah tercatat bahawa Islam adalah agama pembela wanita. Hak wanita dalam Islam jelas tercatat dalam surah Al-Baqarah (ayat 228) iaitu: "Wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf."

Terdapat juga hadis-hadis yang jelas membela dan mempertahankan wanita. Antaranya daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya. (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Walaupun sudah terbukti bahawa hak-hak wanita sememangnya terpelihara, tetapi sering kedengaran aduan atau rasa tidak puas hati wanita terhadap urusan di mahkamah syariah atau pejabat agama.

Masih ada cerita-cerita mengenai wanita Islam yang teraniaya seperti digantung tidak bertali dan ditinggalkan bersama anak-anak tanpa sebarang nafkah.

Ada pula kisah wanita yang menderita atau tidak lagi sanggup tinggal bersama suaminya tetapi tidak berbuat apa dan hanya menyerahkan hidup kepada takdir.

Kenapa perkara begini berlaku sedangkan hak wanita dalam Islam cukup jelas malah tercatat dalam al- Quran?

Adakah kerana wanita Islam di negara ini tidak memahami selok-belok mengenai undang-undang keluarga Islam atau pun mereka kurang pendedahan mengenai hak-hak mereka?

Timbalan Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, dalam hal ini wanita itu sendiri harus diberikan pendidikan serta pendedahan berkaitan undang-undang keluarga Islam.

Kaum wanita katanya, akan berhadapan dengan masalah mendapatkan keadilan di mahkamah syariah jika mereka sendiri kurang arif mengenai isu-isu seperti nafkah idah, mutaah, harta sepencarian, hutang dan sebagainya.

''Disebabkan masalah-masalah inilah wanita yang kurang pendedahan serta pendidikan dalam hal undang-undang keluarga Islam selalunya akan merasakan diri mereka ditindas.

''Satu transformasi perlu berlaku di samping mengambil tindakan yang pantas dalam usaha menyelesaikan satu-satu masalah.

''Bukan itu sahaja, wanita yang bermasalah juga sebenarnya perlu bekerjasama selain mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan antara mereka dengan hakim dan peguam,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas bertajuk Mengenalpasti Permasalahan Berkaitan dengan Tuntutan dan Pelaksanaan Perintah Hak-Hak Isteri Selepas Pembubaran Perkahwinan, pada Bengkel Pemerkasaan Hak-Hak Wanita di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam anjuran Jabatan Peguam Negara di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Zaleha, untuk mengenal pasti secara menyeluruh tentang permasalahan wanita dalam memperjuangkan hak-hak mereka di mahkamah, ia perlu dilihat dari dua perspektif iaitu persepsi wanita itu sendiri terhadap mahkamah dan perspektif hakim

Wanita yang menuntut keadilan selalunya mempunyai persepsi bahawa mahkamah berat sebelah dengan lebih berpihak kepada lelaki.

Hal ini menyebabkan mereka sentiasa mempersoalkan kredibiliti mahkamah dan mempertikaikan kewibawaan hakim serta kekurangan infrastruktur.

"Dari situ timbul rasa tidak puas hati seperti lambat dan sukar berurusan dengan mahkamah syariah dan sebagainya.

"Ini ditambah lagi dengan tekanan masalah undang-undang yang dihadapinya lebih-lebih lagi jika ia sudah berlarutan agak lama," katanya.

Dalam pada itu menurut Zaleha, wanita juga kadang kala membina persepsi tersendiri terhadap peguam yang dianggap tidak komited, lebih mementingkan bayaran, kesukaran berurusan dengan peguam terutama yang tinggal di luar bandar dan sebagainya.

Semua faktor itu menjadi kekangan kepada wanita sehingga membuatkan mereka cenderung menyatakan bahawa mereka tidak mendapat keadilan sewajarnya. Seterusnya mereka hanya memendamkan masalah.

"Itu belum lagi ketika peringkat prabicara di mana wujud masalah-masalah lain yang menyebabkan kes tertangguh dan berlarutan hingga bertahun-tahun," katanya.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Madya Dr. Najibah Mohd. Zin, berkata, antara isu-isu membabitkan mahkamah syariah yang sering dihadapi oleh golongan wanita ialah pendaftaran perkahwinan dan perceraian, poligami tanpa kebenaran mahkamah, nafkah dan nusyuz, perceraian luar mahkamah, tebus talak atau khuluk dan hak penjagaan anak

Menurut beliau, kebanyakan kes-kes yang berlaku memberi banyak masalah kepada wanita terutama dari golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

''Bagi setiap kes, kita mempunyai akta dan undang-undang yang telah sedia ada.

''Namun apa yang mampu dilihat hari ini ialah kelemahan undang-undang yang seakan tidak memberi kesan yang berkesan dalam menangani masalah-masalah yang ada.

''Yang menjadi persoalan adakah masalah ini berpunca daripada kelemahan undang-undang atau sikap anggota masyarakat itu sendiri,'' ujar beliau lagi.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, keberkesanan sesuatu undang-undang banyak bergantung kepada kebijaksanaan dalam mengaplikasikan undang-undang tersebut dengan baik.

Pada masa yang sama undang-undang perlu disemak dan dipinda dari semasa ke semasa mengambil kira perubahan masa dan keadaan untuk keadilan pihak-pihak yang menuntut hak mereka.

-utusan-